Terms & Policy 10cend

Dokumen ini menerangkan peranan 10cend, syarat penggunaan platform dan bagaimana kami mengurus data serta fail yang dimuat naik oleh pengguna.

Peranan 10cend

10cend menyediakan platform online untuk membantu pengguna mengurus bisnes, jualan, dokumen dan komunikasi. 10cend ialah penyedia sistem (platform) dan bukan pihak yang terlibat secara langsung dalam urus niaga, kandungan atau keputusan bisnes pengguna.

Perlindungan & Tanggungjawab Platform

1. Tanggungjawab Pengguna

  • Anda bertanggungjawab ke atas semua data, fail dan maklumat yang anda muat naik ke 10cend.
  • Anda bertanggungjawab ke atas semua urus niaga, rekod jualan, gaji dan laporan.
  • Anda tidak menggunakan 10cend untuk aktiviti yang melanggar undang‑undang atau hak pihak ketiga.

2. Had Tanggungjawab 10cend

  • 10cend tidak bertanggungjawab ke atas kerugian kewangan atau kerosakan data akibat penggunaan sistem.
  • Laporan, graf dan rekod hanyalah berdasarkan data yang dimasukkan oleh pengguna.
  • 10cend tidak menjamin sebarang keuntungan atau hasil jualan tertentu.

3. Keselamatan & Operasi Sistem

  • 10cend menggunakan langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi data.
  • Anda faham bahawa internet sentiasa ada risiko seperti downtime, hacking dan kehilangan data.
  • Jika berlaku gangguan teknikal, 10cend akan cuba memulihkan sistem dalam masa yang munasabah.

4. Hak 10cend terhadap Akaun & Kandungan

  • 10cend berhak menggantung atau menutup akaun yang menyalahgunakan sistem atau melanggar polisi.
  • 10cend berhak memadam kandungan/fail yang melanggar undang‑undang atau menjejaskan keselamatan.
  • 10cend boleh mengemas kini fungsi, harga dan polisi dari semasa ke semasa.

5. Tiada Hubungan Majikan–Pekerja

  • Penggunaan 10cend tidak mewujudkan hubungan majikan–pekerja atau rakan kongsi.

6. Akaun Pengguna

Anda menjaga kerahsiaan username & kata laluan, dan bertanggungjawab atas semua aktiviti akaun.

7. My Folder & Fail Pengguna

My Folder ialah ruang simpanan peribadi. Fail kekal milik anda, tetapi disimpan di pelayan 10cend untuk tujuan operasi sistem.

8. Kandungan yang Tidak Dibenarkan

Fail lucah, kebencian, keganasan, penipuan, spam atau yang melanggar hak cipta/undang‑undang adalah dilarang.

9. Penghapusan Data

Fail yang dipadam tidak boleh dipulihkan. 10cend berhak memadam fail atau akaun yang melanggar polisi.

10. Perubahan Polisi

Polisi boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Dengan terus menggunakan 10cend, anda bersetuju dengan versi terkini.

11. Hubungi Kami

Emel: 10cend.official@gmail.com
WhatsApp: ‪+60 19‑7336950‬

Dengan menggunakan platform 10cend, saya mengakui bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua Terms & Policy yang dinyatakan di atas.